Seperti senja-senja lain,aku bersama teman-teman ku akan mula melapor diri di sebuah pondok pos yang agak usang.Bertambah nampak keusangannya apabila mengunakan pelita sebagai teman kegelapan,tetapi itu semua bukan alasan untuk aku dan sahabat aku untuk menjalankan tugas.
"hei..apoi kau bawa minyak tanah tak.?"-tanya ku khuatir sahabat ku itu lupa
"bawa la,kalau tidak bergelap la kita.heheh"-jawab apoi sepruh berseloroh
"bagus-bagus,kalau tak aku nak pergi cari kayu api,hahaha"-jawab ku bergurau sambil berlalu mengemas barang-barang didalam pos kawalan yang serba usang itu.
Setelah hampir setengah jam kami bersiap kemas pos kawalan.Kami mehempaskan punggung kami ke kerusi sofa yang diletakkan di satu sudut luar pos,sofa ini masih lembut walaupun sudah terdapat beberapa lubang kesan dari hakisan panas dan tempias hujan,sofa pun ambil dari buangan orang.
"Eh kayu api cukup tak?'-tegur ku memecah kesunyian senja yang semakin mengelap.
"Cukup sampai esok,nanti esok cari lain"-jawab apoi ringkas,sambil bangkit dari tempat duduknya dan pergi menyusun kayu api yang sedia untuk dibakar,
"Ok lah tu,kalau tak memang gembira la nyamuk malam ni"-kata ku berseloroh smbil tersnyum kecil.
"gembira x pe,jangan kita yang kering darah kene sedut.hehe"-balas apoi sambil ketawa anak.
Sementara apoi menyusun kayu-kayu itu,aku mencapai buku laporan serta buku keluar masuk kenderaan,khuatir kalau-kalau ada kenderaan yang masih belum keluar atau masalah pada keadaan.
Satu persatu laporan dibuku itu aku teliti,mata aku terhenti di beberapa baris.Jelas disitu menunjukkan ada beberapa buah kenderaan masih belum keluar.
Aku capai kunci motor dan berlalu kearah motor sambil berpesan kepada apoi
" Wei aku pergi ronda nak tengok kenderaan yang tak keluar lagi"-kata ku pada apoi separuh jerit.
"ok, "-jawab apoi ringkas,sibuk dengan kayu nya.
Tanpa berlengah aku berlalu meninggalkan apoi dengan kayu-kayunya.
"ish depan ni nak lalu jalan puaka,adeii"-bisik hatiku sendri setelah hati merasa kurang enak.
Tetapi aku terpaksa juga meneruskan rondaanku walaupun hati agak kurang enak,Semakin lama semakin jauh aku dari pos kawalan dan akhirnya hilang dari pandangan mata.
"Arghh ni semua hanya perasaan,abaikan sahaja"-bisik hatiku sendiri
Sambil melayan perasaan yang serba tidak kena,mata aku liar melihat sekeliling ku,jelas kelihatan disebalik pokok-pokok dan semak yang ada ditepi-tepi bibir jalan gelap tiada apa-apa.Menunjukkan malam semakin hampir menutup tirai siang.Tiba-tiba hidungku terhidu sesuatu yang agak ganjil,bau ini sangat sinonim digunakan pada hari kematian.
"Ya Allah lindungilah aku dari gangguan Iblis dan Syaitan"-doaku didalam hati
Tanpa berlengah aku memulas trotle minyak motor ku agar cepat melepasi kawasan hitam bagi kami.
Setelah aku memastikan semua kenderaan sudah keluar dan tiada di kawasan larangan itu,aku mula melihat jam yang sentiasa menjadi peneman ditangan ku.
"alamak dah pkul 8:21pm"-bisik hati ku separuh mengeluh
Tanpa berlengah aku terus menuju ke Pos kawalan,dibenak hati ku hanya memikirkan hari yang sudah gelap bertambah keadaan jalan berlubang dan berliku,motor ku laju membelah angin malam dengan keadaan takot dan lapar,aku gagahkan juga.Sesampai sahaja di pos kawalan aku memangil apoi lalu menceritakan pengalaman yang aku lalui tadi dengan teruja seperti seorang kanak-kanak menceritakan kehebatan dia mampu memanjat tangga pada seorang ibu.
"Perasaan kau je kot"-jawab apoi ringkas selepas aku berhempas pulas menceritakan apa terjadi
"tak la..aku yakin sangat bukan perasaan..tau deria bau aku"-kata ku lagi separuh bergurau
"ok kalau macam tu pkul 10:00pm karang kita ronda sama-sama"-jawab apoi separuh bersemngat ingin menunjukkan bahawa apa aku alami tadi hanya sedar perasaan aku.
"ok"-jawab ku ringkas penuh yakin.
* * * * * * * * *
Jarum jam pantas bergerak,seolah-olah sedang berlumba untuk menamatkan larian pada jam 10;00pm.Aku duduk disofa usang sambil mnghadap lngit yg hanya kelihatan kerlipan bintang.
"indah betol suasana malam"-bisik hatiku sendri
"woi dah jom g ronda-ronda"-jerit apoi sengaja membuat bising
"hahaha tak sabar betol ko nk jumpa benda tu ye"-kata ku separuh bergurau
"yela,pengalaman kita ni,ko ingat senang ke"-jawab apoi penuh semangat dan mengharap
Maklumlah sebelum ni kami hanya sekdar duduk di post kawalan 3 yang terletak hanya ditepi jalan dan rasa tidak mencabar,bila kami usulkan hendak duduk di pos 4 iaitu pos belakang diluluskan maka teramatlah gembira kami,bagi kami di situ penuh cabaran kerana macam-macam yang kami dengar dari perbualan-perbualan mulut orang-orang tua yang pernah menjaga pos 4.
Dengan jelas kedengaran deruman enjin motor kami,Apoi macam biasa dia yang akan bawa motor manakala aku membonceng dibelakang.Dengan perlahan trotle motor dipulas manakala hatiku pula semakin kencang berdegup,mungkin kerana ketakutan tadi masih terasa.Sampai sahaja tempat yang ku katakan tadi bulu roma ku mula berdiri seperti dikejutkan dari tidur ditambah bauan setangi jelas bermain dihidung-hidungku.Aku memberanikan diri melihat kebelakang mengunakan anak mata.
"Ya Allah itu terpacul dari sudut hati ku ini"-hati ku berkata separuh terperanjat
"Apoi kau ad bau tak.? cuba tngok side mirror"-tegur aku kepada apoi yang dari tadi diam membisu.
"Ada..ko diam je"-jawab apoi sambil mata nya melihat side mirror.
Aku melihat apoi dengan pantas memusingkan side mirror keatas,Motor pun dipandu semakin laju, hati aku jelas memikir benar lah apa yang aku lihat tadi.Sepanjang perjalanan untuk sampai ke pos kawalan ronda didalam aku lihat apoi sekadar diam dan keadaan seperti terkejut..aku hanya mendiamkan diri kerana masih juga terkejut dengan apa yang aku lihat.
pengalaman yang kami lalui,kami pendam dan jadikan sebagai kenangan manis.Iya memang kami takot dan masih terbayang-bayang peristiwa malam itu.Inilah salam perkenalan.
Peristiwa pahit yang kami lalui malam itu kini sudah berlalu hampir satu minggu,dan malam ini malam jumaat.Macam biasa kami melakukan tugas-tugas kami dahulu sebelum duduk bersembang.
"hei apoi"-tegur ku memecah kan bunyi riang-riang yang sibuk menyanyi
"apa,kau jangan cakap benda bukan-bukan"-jawab apoi sambil memberi amaran,khuatir aku membuka cerita seram.
"sebenarnya kan,aku dari awal kerja pos belkang ni nak tanya kau,kau ada tak dengar macam orang mandi dekat parit besar depan tu"-Tanyaku meabaikan amaran apoi.
"haa kau pon dengar ea,aku ingat aku je.tapi abaikan jela.binatang kot"-jawab apoi menyedapkan hati.
"hurmm"-balas ku ringkas dan penuh tanda tanya.
Aku ni jenis memang tak akan puas hati selagi tak mengetahui cerita sebenar atau melihat dengan mata kasar aku sendiri,aku tekad malam ni jika ada bunyi tu aku akan intai.Aku nak sangat tahu apakah sebenarnya rahsia tempat ni

